Tuesday, December 6, 2016

Desi Kattey

Assalamualaikum wrt...

Hari ni nak share satu lagi movie yang menarik dan boleh dikatakan "you made my day". tajuk movienya adalah Desi Kattey. Ya, Hindustand movie lagi, semenjak ada TARA HD ni, macam-macam movie menarik dia tayangkan. Ok, movie kali ni pun genre action juga, cuma ianya lebih kepada nilai persahabatan dan pilihan hidup masing2. Movie ni diarahkan oleh Anand Kumar.

Sinopsis untuk cerita ini? Dua orang anak yatim Pali (Akhil) dan Gyaani (Jay) membesar dengan membuat senjata (pistol) untuk hidup di sebuah bandar kecil. Semenjak dari kecil lagi idola mereka adalah Hakim Saab (Rana) iaitu penjenayah besar di bandar tersebut. setelah mereka berdua dewasa, mereka terjumpa dengan bekas pegawai tentera iaitu Major Suryakant Rathore (Suniel). setelah Major melihat adegan tembak menembak mereka, Major berminat untuk melatih mereka untuk menjadi ahli sukan menembak tepat dimana dahulunya merupakan impian si Major untuk memenangi kejohanan sukan tersebut. 

Dalam masa yang sama, Hakim Saab menawarkan mereka untuk menjadi penjenayah terbesar dibandar itu sepertimana yang diidam-idamkan mereka sejak kecil lagi. Disini mereka terpaksa membuat keputusan bersesuaian dengan kehendak masing2. macam biasa untuk tahu kesudahan movie ini harus la tonton sendiri dan hayati dalam-dalam.


Selamat menonton dan
SAYA BAGI ★★★


No comments: