Tuesday, December 6, 2016

Desi Kattey

Assalamualaikum wrt...

Hari ni nak share satu lagi movie yang menarik dan boleh dikatakan "you made my day". tajuk movienya adalah Desi Kattey. Ya, Hindustand movie lagi, semenjak ada TARA HD ni, macam-macam movie menarik dia tayangkan. Ok, movie kali ni pun genre action juga, cuma ianya lebih kepada nilai persahabatan dan pilihan hidup masing2. Movie ni diarahkan oleh Anand Kumar.

Sinopsis untuk cerita ini? Dua orang anak yatim Pali (Akhil) dan Gyaani (Jay) membesar dengan membuat senjata (pistol) untuk hidup di sebuah bandar kecil. Semenjak dari kecil lagi idola mereka adalah Hakim Saab (Rana) iaitu penjenayah besar di bandar tersebut. setelah mereka berdua dewasa, mereka terjumpa dengan bekas pegawai tentera iaitu Major Suryakant Rathore (Suniel). setelah Major melihat adegan tembak menembak mereka, Major berminat untuk melatih mereka untuk menjadi ahli sukan menembak tepat dimana dahulunya merupakan impian si Major untuk memenangi kejohanan sukan tersebut. 

Dalam masa yang sama, Hakim Saab menawarkan mereka untuk menjadi penjenayah terbesar dibandar itu sepertimana yang diidam-idamkan mereka sejak kecil lagi. Disini mereka terpaksa membuat keputusan bersesuaian dengan kehendak masing2. macam biasa untuk tahu kesudahan movie ini harus la tonton sendiri dan hayati dalam-dalam.


Selamat menonton dan
SAYA BAGI ★★★


Monday, December 5, 2016

Bang Bang

Assalamualaikum...

Hari ini perkongsian tentang satu movie yang bertajuk Bang Bang (Indian Movie). Dilakonkan oleh Hrithik Roshan sebagai Rajveer dan Katrina Kaif sebagai Harleen. Menurut pengarah filem ini iaitu Siddarth Anand  "Kita boleh mengawal aksi menembak di atas tanah, akan tetapi apabila menembak di laut, arus laut memainkan peranan penting bagi melanjarkan pengambaran. Tiga hari sebelum penggambaran, Hrithik mula berlatih babak lasaknya selama lima  hingga enam jam setiap hari. Kami mengambil masa lapan hari untuk merakam babak di dalam air"

Boleh bayangkan tak betapa mereka bekerja keras untuk menghasilkan movie yang berkualiti. Kisah Bang Bang bermula dengan kematian abang Rajveer dimana telah dibunuh oleh international gangster. Berlian kohinor yang diingini oleh gangster ini telah di curi oleh Rajveer dan menjadikan dia sebagai international thief. 

Satu pertemuan antara  penyambut tetamu di salah sebuah bank tempatan iaitu  Harleen Sahni dengan lelaki yang menawan di mata semua wanita dengan sisi misterinya iaitu Rajveer Nanda.  Pelbagai keganasan telah berlaku didepan mata Harleen yang melibatkan Rajveer, sehinggakan Rajveer bertindak untuk melarikan Harleen merentasi benua. Akan tetapi Rajveer tetap meyakinkan Harleen bahawa dia adalah lelaki yang baik. Harleen yang sudah mula menyukai Rajveer memberi sepenuh kepercayaannya kepala lelaki itu. Apa terjadi seterusnya kena la tengok filem ni.



Ending filem ini pun boleh tahan best jugak, so sangat-sangat disyorkan kepada mereka yang meminati filem action+love story. memang ada peningkatan filem hindustant sekarang ni, xmacam dulu lagi. lebih berkualiti dan memuaskan.

I GIVE ★★★★★

Terima kasih kerana sudi baca
Assalamualaikum




Saturday, December 3, 2016

End of 2016

Assalamualaikum....

Dah lama sangat A'a tak post apa-apa kat blog nie, now buat modification baru nampak fresh sikit. InsyaAllah lepas ni akan lebih rajin nak berkarya kat blog ni. well, it has been 3 years since my last post. Terlalu banyak update yang nak cover, but then i will take it slowly.

I have been married since last three years, sibuk dengan penyesuaian diri dengan alam berumah tangga dan menyambut kelahiran anak pertama. But then, the baby is not baby anymore, Nur Hana Alisha Binti Muhammad Fakhruddin pun dah 2 tahun. Tepek pic jap..



Iye, memang dah besar pn, anyway lepas ni maybe i will share something useful for reader.

Thank you for reading..
have a nice day