Monday, December 5, 2016

Bang Bang

Assalamualaikum...

Hari ini perkongsian tentang satu movie yang bertajuk Bang Bang (Indian Movie). Dilakonkan oleh Hrithik Roshan sebagai Rajveer dan Katrina Kaif sebagai Harleen. Menurut pengarah filem ini iaitu Siddarth Anand  "Kita boleh mengawal aksi menembak di atas tanah, akan tetapi apabila menembak di laut, arus laut memainkan peranan penting bagi melanjarkan pengambaran. Tiga hari sebelum penggambaran, Hrithik mula berlatih babak lasaknya selama lima  hingga enam jam setiap hari. Kami mengambil masa lapan hari untuk merakam babak di dalam air"

Boleh bayangkan tak betapa mereka bekerja keras untuk menghasilkan movie yang berkualiti. Kisah Bang Bang bermula dengan kematian abang Rajveer dimana telah dibunuh oleh international gangster. Berlian kohinor yang diingini oleh gangster ini telah di curi oleh Rajveer dan menjadikan dia sebagai international thief. 

Satu pertemuan antara  penyambut tetamu di salah sebuah bank tempatan iaitu  Harleen Sahni dengan lelaki yang menawan di mata semua wanita dengan sisi misterinya iaitu Rajveer Nanda.  Pelbagai keganasan telah berlaku didepan mata Harleen yang melibatkan Rajveer, sehinggakan Rajveer bertindak untuk melarikan Harleen merentasi benua. Akan tetapi Rajveer tetap meyakinkan Harleen bahawa dia adalah lelaki yang baik. Harleen yang sudah mula menyukai Rajveer memberi sepenuh kepercayaannya kepala lelaki itu. Apa terjadi seterusnya kena la tengok filem ni.



Ending filem ini pun boleh tahan best jugak, so sangat-sangat disyorkan kepada mereka yang meminati filem action+love story. memang ada peningkatan filem hindustant sekarang ni, xmacam dulu lagi. lebih berkualiti dan memuaskan.

I GIVE ★★★★★

Terima kasih kerana sudi baca
Assalamualaikum




No comments: